Monday, November 30, 2009

Nak buat Symposium ke tak nak ni...

Haih..
Dunia.. dunia..

Ada symposium hari ini dan esok.
Dah kami (perserta) beritahu, ada Half-day Course on Abstract Writing in English (course ini sangat best! nanti aku cerita pasal course ini saja ye) pada hari ini, maka kami dapat pergi symposium esok sahaja. Maka present pun esok lah kan.

TETAPI

@#$%^&*()(*&^%$#@#$%^&*&^%$#$#@#$%^&*&**()()(*()_{}":?><>?:'[][[=-0(*&*()(*&^%$#@#$%^&*&*(**&^%#$%^&

Tak nak tulis, nanti emosi pada tanah, kata Encik Shukor dalam cerita Papadom. Rasa macam sangat lucu. Ni nak buat symposium ke tak nak ni... Okay, mungkin masalah tidak disengajakan. Eh, bukan masalah. Masalah-masalah. It is okay.

Pengajaran daripada kisah ini, jika nak organize sesuatu event, bersungguhlah, dan teliti lah. Event kita itu bukanlah satu-satunya yang tercatat dalam planner seseorang. Tapi event kita, wajah kita. Ni dah kalau ada kerongakan dalam pengurusan peserta, ada pula tambahan laman web event yang tak boleh dilayari, memang mampu 'merosakkan wajah' organizer sesuatu event, walaupun dah buat rawatan wajah di Wardah Spa, Taman U. Kalau aku, aku malu lah. Tak tahu lah orang lain.

Pesanan ikhlas dari papa, masa aku muda-muda dulu (bukan teori buku pengurusan. maka istilah yang tepat tidak dapat disediakan. harap maklum),
" Kalau kita nak buat event, cuba bayangkan kita yang nak jadi pesertanya. 'masuk dalam kasut klien'. InsyaAllah, kita akan mengurangkan risiko terlepas pandang dan ketidakprofesionalan."

Pesanan telah diubah mengikut kesesuaian.

Maka, jika anda adalah sekretariat sesuatu program (aku hanya menyentuh soal penyertaan dan makluman),

1. Sila buat promosi yang baik untuk dapat banyak peserta. Beri ruang kepada target, tetapi follow up untuk mengingatkan.

2. Sila 'jaga' peserta/klien anda baik-baik. Pastikan makluman-makluman kepada peserta klien sampai. Follow up untuk pastikan makluman sampai.

3. Sila sediakan nombor telefon untuk dihubungi pada hari kejadian program. Contoh, nombor handphone. Kalau bagi nombor pejabat saja, bila anda tiada di meja pejabat, peserta tidak dapat menghubungi anda. (nombor phone runner)

4. Sila pastikan anda mampu menyediakan website program tersebut, biar simple, asalkan informatif. Jika tidak, jangan JANJIKAN "maklumat selanjutnya di http://xxxxxxx.utm.my"

5. Syarat bagi peserta mestilah jelas semasa promosi. Staf saja kah, pelajar saja kah. Kalau tiada syarat jelas, jangan susahkan peserta yang berminat dan bersemangat dengan syarat-syarat yang diusulkan kemudian.

6. Kalau peserta dah mendaftar, sila beri makluman tentang status penyertaan. Diterima? Pending? Diterima tetapi bersyarat? Ditolak kerana lambat? Ditolak kerana bukan staf? Jangan biar peserta menyanyi, "Kalau padi katakan padi, tidak hamba tertampi-tampi"

Sekadar berkongsi pengalaman, sebagai manusia yang pernah bergelar sekretariat dan peserta.

Sunday, November 29, 2009

Menulis blog bersama Lala

"Diam.. diam..", Lala kata.
"Jom kita tulis blog"

Aku dengan Lala tengah meniarap sama-sama, depan televisyen di rumah sewa. Tinggal berdua-duaan, menanti kepulangan Mai dan Husni, yang dari rumah masing-masing. Kami baru lepas ditinggalkan oleh mama, papa, Iqa dan Apit, adik-adik aku. Mereka bertolak ke Melaka bersama Ona (kereta), selepas berhari raya haji di Kangkar Pulai, masak-masak, makan-makan, borak-borak, huha huha, menonton, jalan-jalan, gunting-gunting rambut, ke spa.. wah.. banyak juga aktiviti keluarga aku cuti raya haji ni ek. Gembira, happy...!

Wah, rancak betul Lala mengketik. Adohai, apa aku nak tulis ni. Aku kena siap menulis bersama-sama Lala ni. hhmm.. Apa ek..

Okay, cerita sikit lah, julung-julung kalinya penceritaan sebegini aku nak buat. Tadi, semasa menemani Lala membasuh baju (pakai mesin basuh je pun), sempat Lala menceritakan umpatan dia bersama Iqa, selepas mendengar perbualan mama dengan Kak Akma. Entah macam mana mula, ale-ale mama sebut,
"Tu lah, susah betul nak carikan jodoh untuk dia tu"
'Dia' tu, aku lah kan.
"Eh, bukan Ain dah ada ker?" tanya Lala kepada Iqa.
"oo.. budak ****** tu ker?"
"ha ah.. ye lah..."
"papa kata, entah ye entah tidak dia tu"
hohoho.. mak bapak aku fikir aku entah ye entah tidak ker.. hahaha.. tak nampak cukup matang kah aku? jeng jeng jeng. Atau, nampak 'player'? jeng jeng jeng lagi sekali. Atau nampak workaholic? shopaholic ada lah.

Okay lah, tinggal saje lah cerita sebegitu. Aku malu. hahaha.. (perasan ramai orang baca kan)
Biarlah masa dan keadaan menentukan. Yang penting, ingat pesan Lala iaitu,
"kena beriya sikit ni!"

Sekarang, segmen iklan. Jika anda pelanggan Forest's Secret, atau ada perasaan ingin mencuba produk ini (aku tidak dibayar untuk iklan, saja kongsi-kongsi maklumat), offer 50% untuk beberapa produk tamat esok! Hehehe.. Dan ada sedikit pesanan, jika anda menggunakan body scrub yang berasaskan garam, jangan biar garam itu berada lama di atas permukaan kulit anda, kerana tidak baik untuk kulit jika dibiar lama, ianya 'tajam'. Tapi kalau pupur, it is okay. Pergh, buat segmen kecantikan pulak dah..

Okay, itu untuk kulit, sekarang segmen kecantikan untuk kerongsang anda. Anda boleh menggunakan kutex (betul ke aku eja ni?) untuk disapukan pada permukaan kerongsang anda, supaya berkilat, tahan daripada tercabut batunya, mahupun kilatannya. Alaa.. kutex jernih lah, yang sapu kat kuku tu.

Ops, sejak bila blog aku tukar tema kepada tema kongsi petua pulak ni kan.

Lala masih terus menaip. Aku mahu mengalah. Aku mahu berhenti setakat ini kerana ada urusan yang lebih penting berbanding menulis blog bersama Lala.. Lala, aku pergi dulu..

;)

Saturday, November 28, 2009

no pain, no gain

Yeah.. semalam dapat tengok episod akhir Nur Kasihan (Nur Kasih actually)

Ramai-ramai semangat tengok malam tadi kat rumah sewa ni ha, siap dari baring, terus tegak terduduk. Menjerit-jerit semua, nak nak part Adam balik rumah, ale-ale patah balik. Kemudian part dekat stesen kereta api. Memang meriah dan bersuara penuh emosi masing-masing. Tak kurang juga suara emosi mengeji sebab dia anti cerita Nur Kasih. Tak logik lah, bodoh lah. Apa-apa lah papa oi.. yang penting Ain bahagia tengok hehehe.. haa.. ye, papa.. Di rumah sewa?

haaa.. angin Selat Melaka telah membawa keluarga aku, (mak bapak, dan dua adik) ke Kangkar Pulai ini, rumah sewa tempat aku berteduh demi membanting tulang membarakahkan rezeki. Bukan aku tak cuti, tapi nak tukar angin beraya katanya (bapak aku le). Nak beraya tenang-tenang. Masak ikut suka, tak de pening-pening, tak de teriak-teriak. Biasalah kan, kalau kat kampung, dengan nenek, dan sedara mara kan ala-ala meriah ya amat. Ini bukan soal pro dan kontra, tapi lebih kepada tukar angin yer. Pelik tetapi benar. Aku layan kan aje. Bukan kesah sangat pun. Kalau tak cuti panjang pun aku boleh balik Melaka, jumpa sedara mara. Bukan masalah besarlah. Kalau tak dapat jumpa, telefon. Bukan masalah besar juga.

Bukan lah aku jenis yang nak sebut "eh, telepon nombor baru mak sekarang mahal! biasa singgit (RM 1), sekarang tiga hinggit! (RM 3)" Kata Ramli, bukan nama sebenar. Huh.. Perlukah berkira nak telefon emak sendiri? Perlu kah sebut nilai ringgit Malaysia yang digunakan untuk emak mengubat rindu?

Bukanlah aku kaya sangat. Aku pun ada perasaan tanggungjawab. Aku pun pandai lah nak atur belanjawan (walaupun ada ciri-ciri belanja ikut nafsu Year End Sale ni). Tapi tak de la sampai nak kira-kira beberapa hinggit untuk alasan orang tersayang. Kalau mahal, beli kan saja lah nombor baru kan. Nak ungkit-ungkit pulak. Ala.. kalau nombor sama syarikat komunikasi pun, bukan telefon lama sangat pun. Kembali kepada motto asal,
"jangan banyak cakap dengan orang yang banyak buat!"


Ops, teremosi pulak. Hehehe.. sebenarnya nak kaitkan soal pengorbanan dengan raya haji je asalnya. Jauh betul aku pusing kan. Almaklumlah, cerita Nur Kasih semalam asyik sebut pasal pengorbanan kan. Perasan tak kepada yang menonton? Pergh.. mantap-mantap. Berkorban demi adik, demi abang, demi cinta kepada suami, kepada isteri. Huh.. Lepas tu, khutbah solat sunat Aidil Adha di surau Taman Pulai Emas pagi semalam ada menyebut,

"Semua memerlukan pengorbanan"
Bak kata orang putih, no pain, no gain. Huh. Khutbah tu ada sebut pasal Malaysia merdeka sebab pengorbanan orang terdahulu, selain dari kisah pengorbanan yang paling dekat dengan Aidil Adha, pengorbanan cinta kepada anak, demi cinta kepada Allah, oleh Nabi Ibrahim a.s. Aku rasa khutbah semalam sangat best! Ringkas, padat! Walaupun aku sot set sot set, dek kerana selsema dan bersin-bersin (buat seram orang sebelah aku dalam saf je kan), aku masih dalam zon selesa.

Tak besar mana pun topap RM 10 untuk telefon mak ayah kalau tak jumpa muka dalam dua minggu.Tak besar mana pun duit minyak kereta untuk balik kampung sejam dua. Kalau nak banding pengorbanan para Nabi. Okay lah, tak nak bandingkan dengan pengorbanan para Nabi yang sangat hebat itu, cukuplah banding dengan pengorbanan mak ayah kita untuk kita je. Cikgu-cikgu kita, pensyarah kita, kawan-kawan kita. Tak besar mana pun!

Ala.. nak bebel panjang lagi. Tapi, apa kata baca majalah Anis, kisah Ustazah Asni al Hafizah tu. Dia ada sebut pasal pengorbanan juga. Walaupun aku macam tak suka tentang satu hal ustazah tersebut, tapi bila aku baca artikel tu, banyak juga aku mampu belajar dan contohi. Buang yang keroh, ambil yang jernih.

Adohai, serabut betul aku menulis ni. Dah lah, nak siap-siap jalan-jalan.

Tata

Wednesday, November 25, 2009

Gaya hidup Blogger

Assalammu'alaikum warahmatullah..

Terpanggil untuk menulis, walaupun dalam kepala ada macam-macam perkara berkaitan kerja yang hendak dilaksanakan. Hmm.. takpelah.. sementara ada seru ni. Kalau kerja tak siap, macam tak biasa buat kerja di rumah. Tiada salahnya pun, bukan ada anak-anak atau suami di rumah buat masa sekarang kan.

Sesampainya di bilik (pejabat), terus buka laman-laman web wajib. Seperti emel, utmonline, dan blog. Disebabkan Afzan antara orang yang rajin tinggalkan komen, aku juga klik lah blog Afzan, nak menjenguk seminit dua. Ya, seminit dua. Aku bukan jenis yang rajin tengok blog orang, nak-nak sejak mula bekerja ini. Jangankan blog kawan-kawan, blog yang biasa baca untuk makanan rohani (cewah) pun tak terbaca-baca (tengok link di sebelah kanan).

Apa yang aku fikirkan sekarang ialah, wah.. Rajin Afzan update blog, layan komen-komen yang banyak. Malah kagum juga kepada tukang komen yang pastinya membaca post tersebut sebelum komen kan. Kalau aku lah, fikir untuk update blog sendiri pun, nasib-nasib je. Apatah lagi komen pada post orang lain selepas membaca. Kalau baca blog seorang tu lain lah, ni kalau lebih dari 5 dalam satu hari. Waw! Gaya hidup Blogger yang sihat pada pendapat aku sebab mereka mengupdate kawan-kawan. Tak terjumpa untuk bersosial pun, dapat baca cerita suka duka kawan-kawan dan menunjukkan rasa caring pun dan memadai aku rasa. Kawan yang bagus!

Teringat aku satu hari tu, baru aku tergerak nak baca blog adik aku. Selepas beberapa minggu. Silap-silap, bulan. Tengok-tengok, beberapa post terakhir dia masa tu adalah berbaur sedih, frust, atau tingtong. Huh.. Betapa tak alertnya aku dengan kehidupan dia masa tu kan. huhuhu.. Iqa.. rileks okay, aku tau ko tengah bahagia sekarang sebab kau cuti kat rumah hehehe..

Aku juga tahu tentang kehidupan para Blogger yang berkaitan dengan nuffnang. Errr.. betul ke aku eja tu. Aku tahu daripada Lala, juga pembaca blog yang tabah. Kalau dia tak beritahu aku, tentu aku sangat tak tahu macam maca boleh ada award kepada Blogger dan cara Blogger buat duit. Hmm.. melakukan hobi sambil berduit. Tak sia-sia kan. Kalau Blogger yang memilih jalan sebegitu, boleh jadi ada yang luangkan banyak masa untuk menulis, mengambil gambar, upload gambar, layan komen malah membaca blog orang lain kan? Aku wonder lah, dalam sehari, berapa minit mereka luangkan dalam gaya hidup Blogger.

Namun tak kurang kagum juga aku kepada Blogger yang menulis untuk menasihat, memotivasi, dan berdakwah. Pastinya ada (atau kebanyakan) Blogger sebegini tidak mengejar award atau wang, malah terus menulis tanpa putus asa. (ingat, aku tak pandang serong kepada Blogger yang buat duit, okay...) Ada yang menulis isu yang berat, kagum habis lah. Tak kurang juga yang menulis isu ringan, tetapi menarik untuk dibaca. Ada yang menceritakan tentang pengalaman yang aku tak pernah dengar dan sangat mengujakan. Ada yang .. sudah-sudah, banyak pula.. (tak de idea sebenarnya sebab dah lama tak blog-hopping). Dan paling menarik, ada yang menulis sebulan sekali, tetapi tulisan sangat dinanti-nantikan.

Apa pun tujuan para Blogger menulis, itu adalah hak peribadi masing-masing. Bebas berkarya, bebas berkongsi. Asalkan tak menyebarkan fitnah, tak buat cerita, tak mendedahkan aib orang, aku sangat kagum. Begitu juga dengan Blogger yang tak obses dengan diri sendiri, seperti yang letak muka sendiri terpampang besar-besar terutama perempuan. Letak gambar sandar menyandar dengan balak/awek. Errr.. tak berani komen banyak. Cuma tepuk dada, tanya iman. Sebab tolonglah ingat (terutama, wahai AKU), setiap perbuatan dan tindakan kita akan ditimbang di akhirat kelak, dan tulisan di blog tidak terlepas.

Wallahu'alam

Monday, November 23, 2009

Everybody spontan...!!!

Bismillahirrahmanirrahim...

huh...

Everybody spontan!!! Itu antara yang familiar, dilaungkan dalam satu rancangan bertajuk, Spontan. Tau tak? Tak tau, pergi siasat sendiri kat Youtube ye. Bagi aku, rancangan itu best.
Dan sudi aku menyimpulkan, spontan itu best. Spontan itu cantik. Spontan itu manis.
(Spontan di sini bukannya melatah yang tidak baik atau melenting ya)

Sebenarnya semalam aku tergerak nak tulis post ni, tapi hari ni baru sambung balik. Semalam nak tulis tentang kemanisan dan kecantikan spontan tu, sebab aku rasa menulis tanpa perancangan macam lagi jiwa je. hehehe.. Namun boleh tahan syok sendiri lah. Lagi jiwa yang aku maksudkan ialah (hakikatnya, 'lagi jiwa' ni macam term yang merosakkan bahasa je) rasa lebih bahagia dan menenangkan, berbanding dengan menulis dengan penuh keterpaksaan dan segala bentuk kengkangan seperti format dan pantang larang.

Okay, tak usah cerita pasal menulis di blog dengan tidak rasminya. Tapi cerita pasal menulis extended abstract untuk scientific paper. Berdasarkan pengalaman teramat cetek ini, nak mulakan menulis tu, subhanallah.. liat.. ketat.. likat.. tak tertulis-tulis.. sebab dalam kepala dok fikir ayat itu, ayat ini, grammar itu, vocabulary ini.. huh.. akhirnya, tak siap-siap. Tapi bila dalam keadaan tenang, fokus sepenuhnya, melupakan sekejap rasa sakit hati dan gusar, serius, memang boleh tulis. Siap!

Merangka / merancang itu perlu. Tapi bila menulis tu, tulis saja apa yang terlintas. Jangan risau terlebih muka surat ke, tersalah order ke, grammar salah ke atau vocab tak mantap. Tulis saja. Bila dah siap, haaa.. baru semak.. baru siasat.. InsyaAllah, bila idea dah ada, nak repair itu adalah senang. Nak-nak ada banyak pengalaman membaca. Sekadar berkongsi. (walaupun hakikatnya bukan la siap menulis paper yang mantap pun. tapi boleh lah kan)

Practise makes perfect. Buat cross-stich satu demi satu, lama-lama siap juga. Ops.. apa peribahasa lah yang aku keluarkan. hehehe..

Spontan menulis perkara saintifik atau fakta sememangnya tak sama dengan spontan menulis cerita atau pengalaman. Spontan dalam menulis cerita lebih melahirkan kepuasan kerana ikhlas itu ada. Tapi, secara peribadi, aku rasa agak bahaya jika ada berbaur emosi, yang mampu mengguris hati dan perasaan orang lain secara sengaja atau tidak, walhal bahasa yang lebih baik boleh digunakan. Dan! Seorang penulis yang baik, boleh mengolah plot cerita itu supaya pembaca rasa... wah!! unik! best! ngeh ngeh ngeh..

Huh, antara perkara lain yang mengehadkan kebebasan berkarya secara spontan ialah gangguan internet. Arrggh..!! (tiba-tiba lari fokus kejap). Tapi serius, aku dah siap tulis tadi, tapi gagal post. Dan aku juga lupa letak satu copy dalam Word. Ayoyo.. Maka, penulisan seterusnya cubaan kali ketiga untuk menyelesaikan post ini.

Pada pendapat aku, spontan itu indah JIKA HATI BERSIH. Tapi, think before you throw. Fikir dulu sebelum melontarkan. Semak dulu sebelum menyebarkan. Istighfar dulu sebelum menasihat. Wallahu'alam

Sunday, November 22, 2009

Itu Fitnah!

Sarah tau tak hukum menfitnah? Dosa besar..! Lebih teruk dari membunuh?

Err.. ke sama teruk dengan membunuh? haa.. itu lah lebih kurang skrip Aidil kepada Sarah semasa Sarah kantoi memfitnah Nur dan Aidil, dalam drama bersiri, Nur Kasih. cewah.. Berita hiburan.

Sebut pasal fitnah, sudi aku berkongsi tentang satu alkisah. Dalam bahasa comel nya, Cerita Tipu!

Seminggu dua ini, aku sangat efisyen bekerja. Sangat berdedikasi. Cewah.. Puji diri sendiri dan kawan-kawan. Aku cuba bersungguh-sungguh mencari kepuasan dan keseronokan bekerja. Tak kiralah orang nak kata aku workaholic, over, tak mematut tak memadan nak rajin bekerja, tapi aku nak capai target kerja-kerja aku. Walaupun kerja sampai malam di McD. Pergi kerja awal pagi, balik kerja lewat petang atau malam. Aku redha. Supaya aku tak segan untuk melafazkan "jangan banyak cakap kalau tak banyak kerja!". Walaupun belum cukup hebat atau seronok, aku berpuashati dengan pencapaian aku sebagai seorang pekerja, staf kerajaan.

Namun, penutup minggu aku, petang jumaat lepas, adalah satu cerita yang pada mulanya menimbulkan terkejut, kemudian bengang, dan seterusnya, selepas melayan perasaan di tangga masjid UTM, perasaan bertukar menjadi sedih. huh.. Tak lah sedih sangat sampai menangis teresak-esak, tapi boleh tahan sayu lah. Cerita yang dimaksudkan ialah,

"ya lah, you all dilantik jadi tutor pun, kontroversi dulu kan.."
"haaa.. tu lah, macam-macam kontroversi.."
"orang kata tak ikut prosedur lah.. tu diorang cuba macam-macam... "
Belum sempat menyambung, kami jawab,
"ha? tak ikut prosedur?"
"ye lah, tak pergi interview semua, dapat kerja, dapat ke oversea.."
"haaa????!!!! eh, kami pergi interview!"
"interview peringkat fakulti? HRD?"
HRD ialah human resource deparment.
"ya Allah.. ya.. kami pergi dua-dua interview tu.. takkan la kami tak pergi.. "
"eh.. ada ye?"
"oo.. patut lah kontroversi sangat.. rupanya seteruk ini ceritanya.. "

huhuhu.. itulah alkisah. Rezeki kami berempat, kisah 2 tahun dahulu, rupanya telah disebarkan dengan kepalsuan. Terkejut. Bengang. Sedih. Bukan makcik-makcik tanpa pelajaran dan tak sedar diri yang buat dan bawa cerita, tapi pensyarah-pensyarah, ada Phd, malah mungkin ada pangkat Prof okay. huh.. Tapi mungkin juga tak boleh percaya 100% kan.. Mungkin dia seorang saja yang salah faham atau dengar.. Maka, cukuplah aku berhenti bercerita. Isi penting aku ialah, cuma nak menyampaikan kepada pembaca, jika anda adalah salah seorang yang mendengar, menerima malah mempercaya cerita "kami dilantik menjadi tutor dan cuti belajar ke luar negara tanpa interview", maka yakin aku menyatakan,

"ITU FITNAH!"

Aku yakin tulisan aku kali ini tidak terlalu emosional, kerana aku dalam keadaan seronok nak berhibur sebentar lagi. Cuma aku terasa terpanggil untuk berkongsi rasa sakitnya difitnah. Rasa sakitnya dipandang serong. Dan rasa geli hatinya mengenangkan ada orang yang boleh buat cerita macam ini.

Awak ni menggelikan lah Khazama.. (Sila baca dengan nada Sin Chan)

Dan pengajaran buat aku, buat bertenang lah dalam mendengar cerita. Kerana belum tentu cerita itu benar. Dan mungkin cerita itu adalah fitnah. Jika kita mahu menyampaikan atau mereka fitnah, percayalah, rasa seronok itu sementara. Sampah yang dibungkus, lama-lama berbau juga (aku dapat peribahasa ni dari Karam Sigh Walia). Cukup-cukup lah, buat-buatlah bertaubat.

Wahai Ain, semoga aku pun lebih berhati-hati dalam berbicara, atau mendengar bicara. Kerana sesungguhnya, yang paling tajam dalam dunia ini bak kata Imam Ghazali, adalah lidah manusia.

Saturday, November 14, 2009

Jadilah span

Tidak mampu diterima banyak akal, seorang pelajar peringkat ijazah sarjana muda (degree) Sains, kursus Fizik Industri membuat latihan industri (a.k.a praktikal) di sebuah hospital kerajaan. Bertubi-tubi persoalan dari berbilang pangkat tentang apa kursus pengajian, dan kenapa praktikal di hospital. Jenuh, bosan. Ada diam, senyum. Ada juga dijawab, dan respon yang diterima adalah pelbagai. Respon yang menerima, puas hati dengan jawapan, dan meneruskan perbualan atau kerjasama dengan amat menyenangkan. Tapi ada juga yang tidak berpuas hati, dan timbul ‘gap’ dalam bekerjasama. Tertekan. Hampa.

Lepas dua minggu, tak tertanggung rasanya badan dan jiwa untuk terus bertahan, belajar dan menimba pengalaman.

Nak drop lah praktikal ni. Buat praktikal tahun depan. Lambat grad pun, lambat lah.. Tak larat nak layan ayat dan muka orang-orang tertentu…”

Memang putus asa.

Namum tak kurang juga orang yang menguatkan semangat dan membuat hati itu kering. Tapi gadis yang ketika itu berumur 19 tahun itu, masih mencuba pelbagai cara untuk terus meningkatkan keyakinan, “kenapa aku berada di sini untuk praktikal”.

SMS dihantar kepada seorang yang dipercayai. Pensyarah bahasa Inggeris di UTM Skudai, yang dikenali kerana pernah mengikuti kelas bahasa Inggeris untuk persediaan MUET (Malaysian University English Test).

“Saya dah buat macam Sir ajar. Rancangan jadual praktikal sendiri. Be indipendant. Campur semua orang. Buat kerja sebelum diberi kerja. Be flexible. Tapi saya tak seronok. Tak tahan dengan orang-orang ditempat praktikal saya. Saya rasa macam nak drop praktikal ni. Saya tak tahu nak buat apa.”

Dengan segera, SMS dibalas. Walaupun Sir, iaitu Mr Affendi yang juga seorang konsultan adalah manusia sibuk.

”Be a sponge. Not Sponge Bob. He3. Ikut orang, bukan orang ikut kita. Cuba bergaul dengan orang lain. Bukan sahaja sama level dan ke atas, tetapi juga cleaner. Kalau boleh, buat kerja cleaner. You akan jumpa keseronokan tu. All the best. Kalau masih ada masalah, beritahu saya”

Lebih kurang begitulah seingat kotak fikiran ini SMSnya. Simple. Tapi bermakna.

Benar, gadis itu, iaitu aku, tak pernah bergaul mesra lagi setelah 2 minggu itu dengan para cleaner di hospital itu. Mari cuba.

„Auntie, dah makan?“, soalan paling simple dan mudah.

„sudah. Dah makan?“

„Baru nak pergi makan ni“ Cubaan pertama.

„rehat?“

„ha ah lah, banyak penat lah. Tapi kerja sudah siap”

“ooo.. saya ada kerja lagi ni.. Auntie rehat-rehat. Ini pun kemas kat sini ke?”

‘Ini’ merujuk kepada kakak cleaner yang lain.

“tak, dia jaga wad punya”

“ooo…”

Perbualan biasa, mesra, sekejap, tapi aku rasa seronok. Sampai Auntie tu bawa muruku, bagi aku, makan sama-sama muruku tu tau. Bukan beri satu plastik. Aku makan, duduk sebelah dia di kerusi tempat menunggu di Unit Radiografi. Bersama penyapu, mop, dan baldi. Perbualan diperpanjangkan kepada para cleaner memang India mari, lelaki-lelaki, yang tak tahu berbahasa Melayu. Berkat kehebatan bahasa tubuh, akhirnya mereka tahu perkataan : dah makan, sudah, belum, lapar.

Terkedek-kedek aku berjalan, hospital itu memang lengang. Hospital baru. Seorang pakcik sedang termenung memandang kawasan taman. Tengok orang potong pokok rupanya. Pakcik tu sebenarnya ketua kontraktor hospital itu. Aku tahu, tapi tak pernah tegur. Macam kerek je pakcik tu. Tegur lah kejap. Ini pesan Mr Affendi. Tarik nafas.

„Wah, nak potong macam mana tu?”

„Ntah dia tu, saya suruh potong sikit, habis dia potong. Ni kena fikir macam mana nak buat ni”

„hehehe.. ye ke? Tak pe, boleh adjust lagi ni”

„tu lah, macam mana ye?”

„hmmm.. saya ni bukan pandai sangat. Tapi okay lah tu, biar habis potong, nanti pokok tu naik balik, tak lah tinggi sangat. Macam hutan nanti. Tak pun, nanti tanam pokok rendang-rendang aras tanah je"

"ha.. betul.. betul.. "

"Encik kontraktor hospital ni kan ? Sibuk ye nampak sekarang.."

"Ha ah, tulah, baru siap, macam-macam komplain. Dah kerja kita. Awak baru kerja ke ?"

"Saya praktikal. Belajar Fizik, kat UTM Skudai."

"Oo… saya ni dulu Kejuruteraan Awam. "

"Ooo.. lama dah kerja ni..?"

"eh, lama…" blah blah blah..

Betul lah, aku rasa seronok. Dan aku belajar lebih banyak dari orang-orang yang aku tak sangka. Bila seronok, kerja-kerja lain jadi seronok. Buat kerja dalam keadaan seronok, memang menjadi. Kalau masalah, dapat ditangani dengan tenang. Kalau tenang, memang seronok. Haa.. sudah... berbalik-balik dah ayat aku ni. Akhirnya, aku selesai 10 minggu praktikal. Dan puas hati dengan praktikal aku, yang aku akan ingat pengajaran-pengajaran, sampai bila-bila.

Terima kasih Mr Affendi.

Aku belum jumpa-jumpa lagi dia selepas 3 tahun. Huhuhu..

Wednesday, November 11, 2009

My Writing Therapy

Assalammu'alaikum warahmatullah..

Selamat hari Rabu...

Selepas memikirkan betapa bahagianya menulis, dan betapa bernilainya setiap hasil tulisan aku dan semua penulis yang ikhlas, aku sudi untuk membuat satu ayat yang berbunyi,

"Saya suka blog saya dan akan terus suka blog saya"

Bukan obses kepada diri sendiri seperti orang yang suka ambil gambar muka sendiri (sepenuh-penuhnya, muka saja) dan upload banyak-banyak di lawan web sosial (Facebook, Friendster dll), tetapi siapalah nak suka blog/tulisan kita kalau bukan diri kita sendiri yang pertama-tamanya. Dengan itu, untuk tidak mencemarkan blog ini, aku telah membuang post yang berbaur negatif, hangin, malah tidak mampu aku adjust ayat-ayatnya kepada lebih positif. Yang aku baca semula pun, tak memberi faedah kepada diri sendiri, apatah orang lain. Buang...

Langkah kedua, aku tukar nama blog aku. Daripada "Once Upon A Time" yang pada pemikiran dulu-dulu aku bertujuan menggambarkan keseluruhan penulisan adalah sejarah (tak kira sejarah baik atau buruk), tetapi aku tukar kepada "Writing Therapy". Asalnya, beberapa hari sebelum dah terfikir perkataan "Writing Therapy" itu, dan disiasat kesahihan bahasanya, malah betapa signifikannya tajuk itu dengan tujuan aku menulis. Tujuan aku menulis, sebagai salah satu cara untuk aku membahagiakan diri sendiri, dan menjadikan diri ini lebih baik dari semasa ke semasa. Lebih kurang salah satu bentuk muhasabah diri lah tu. Tak kurang juga untuk berkongsi cerita, kerana aku sangat percaya, 'sharing is caring, sharing is loving'. Aku suka...!

Pagi ini, di rumah sewa setingkat tiga bilik, aku search di internet perkataan 'writing therapy', dengan harapan ianya tidak dikaitkan dengan apa-apa yang buruk dan boleh mendatangkan salah sangka. Aku minta bantuan pakcik Google. Macam-macam pendapat pakcik Google beri. Wah, well known rupanya istilah tu. Aku ingat aku yang cipta istilah 'writing therapy' ni. hehehe.. Perasan kan... Dan pakcik Google bawa aku jumpe Uncle Wikipedia.

Uncle Wikipedia kata,

"Writing therapy is a form of expressive therapy that uses the act of writing and processing the written word as therapy"

Pada pendapat aku, seseorang bukan memerlukan terapi hanya kerana ada masalah, ada sakit mental, atau sakit fizikal, malah boleh juga buat terapi untuk merasa lebih tenang, seronok, sihat.. blah blah blah.. Sama lah macam motivasi. Seseorang perlukan motivasi untuk kuatkan hati, fikiran. Bukan seseorang yang bermasalah saja perlukan motivasi. Haaa.. bab motivasi tu, bukan aku cakap, Dr HM Tuah. hehehe.. Tapi jangan tertinggal satu perkara yang sangat penting..!! Iaitu.. al-Quran, mukjizat terbesar Nabi kita, adalah satu bentuk terapi, motivasi yang sangat dekat! Kita dari Dia, dan al-Quran itu dari Dia. Pastikan dekat!

Sekian, salah silap harap tegur.

Wallahu'alam

Saturday, November 7, 2009

Nak atau Tak Nak

Nak atau tak nak.. dah ada macam ala-ala tajuk buku Dr HM Tuah dah kan. Eh, best tau buku dia. Boleh baca dalam 2,3 minit sekali baca pun tak pe. Sebab tiap chapter biasanya indipendant with each other. Penceritaan melalui pengalaman, dan garapan pengajaran serta motivasi gitu. Tapi dah lama dah lah aku tak baca. Ada stok buku baru yang tak terbaca-baca lagi. Termasuklah buku Introduction of Optics, Physics, Thermodynamics.. ops.. terlebih sudah.

Nak atau tak nak yang dimaksudkan, ialah, nak atau tak nak buka blog baru.
Huh, bosan..
Banyak yang berharga dalam blog ini, tapi telah disedari secara personal malah secara diskusi dengan rakan merangkap rakan blogger, bahawa sejak dua menjak, menulis di blog bukan menjadikan aku gembira, malah lebih kepada penulisan berbaur emosi. Emosi itu bukan lah emosi sedih yang mendatangkan kesyukuran atau hampa yang memberi pengajaran, tapi ada berbaur dendam, hangin, marah, dan macam-macam yang hanya menyakitkan hati je kalau aku baca semula. (saya suka baca blog saya hehehe)

Maka, I want a new me!
A new writing-therapy!
Untuk kemaslahatan hati sendiri, dan hati orang lain.

Huh..

Nak ke tak nak ek...

Thursday, November 5, 2009

Mari Bertenang

Dalam mode cuba menenangkan diri. Mencari 'a new me'... Sambil dengan lagu Mocca, Happy!

Gambar : Pelita dan ketupat diperbuat dari reben di Kompleks Kraftangan KL, Ramadhan lepas. By me...