Wednesday, February 22, 2012

Terasa bodoh. Habis, Siapa Pandai?

Terasa bodoh. Terasa bodoh. Terasa bodoh!

"Baguslah kalau awak tu terasa bodoh. Maksudnya, awak makin pandai", kata Encik Supervisor.


"Kenapa pulak?"


Kalau dulu tahu 1+1 =2, dah rasa pandai kan?
"Ma!! Ain buat kerja sekolah, cikgu bagi bintang!"
(Bukanlah cikgu gapai bintang untuk aku, tapi dia lukis bintang pakai pen dakwat merah)

Lepas tu, bila dah tahu 1+1 x 2 = 3 tetapi bukannya 4.. Jawab ujian, betul, pun rasa pandai kan?
 "Pergh.. betul semua tu..." Balik rumah tersengih-sengih, kaki masuk longkang pun bahagia macam dapat makan aiskrim Malaysia perisa asam boi.

Tapi adakah apabila kita dah tahu 1 + 1 x 2 yang sebenar dengan mudah, kita berasa amat kagum dengan diri sendiri jika dapat menjawab soalan 1 + 1? Mesti rasa.. "ala.. tu senang.. memang lah tau.. "

Habis, masa dulu-dulu, bila tahu 1 + 1 tu gembira bukan main? Terasa pandai. Pandai giler! Kenapa tidak sekarang?


Piawai yang menentukan kita bodoh atau pandai sudah berubah ke tingkat lebih atas.
Sebab kita tahu perkara yang lebih susah. Intelektual tercabar. Cewah..

Jadi, di mana letaknya sesuatu perkara yang kita tidak tahu jika kita dah tahu 1 + 1 dan 1+ 1 x 2?
 Di bawah, atau di atas piawai tersebut?
 Kalau bawah, mustahil tak tahu. Kan dah pandai.

Mestilah di atas....! Sebab tu maksudnya, bila terasa bodoh, awak semakin pandai! Sebab kita berada pada 'masalah' di tingkat kepandaian yang lebih tinggi. Aku rasa inilah pejelasan termudah ayat Encik Supervisor aku. Muahaha..

Sekarang ada satu persoalan.

Siapa yang tentukan tingkat kepandaian tu?
Dapat jawab 8 soalan betul daripada 10, dapat A, budak pandai.
Dapat jawab 1 soalan betul daripada 10, dapat F, budak lemah (saja tak nak guna 'bodoh')

Betul? Tepat?

Siti Nurhaliza, bulan lepas dapat jawab 1/10, bulan ni dapat jawab 7/10
Siti Zubaida, bulan lepas dapat jawab 8/10, bulan ni dapat jawab 9/10
*Anggap faktor-faktor lain seperti umur, persekitaran, pembelajaran, pemakanan, jenis soalan, sama (dimalarkan)

Siapa pandai?

Sunday, February 19, 2012

Mama Pakai Crown

Cerita Skype dengan keluarga malam tadi,

"Long, cantik tak?" mak aku tanya.
"Wah...!" aku jawab.

 
 Sumber : Google

"... bukan main lagi dengan crown..!!!" aku ketawa sikit. Sikit je.
"Ya la, sebab nak masuk TV kan...", maksud dia, webcam =p Sengih.

Dengan berbakikan ketawa geli hati, aku pun cerita, 
"Haritu Ain tengok TV ada satu rancangan tu, kisah pertandingan princess-princess ni.. untuk budak-budak kecik. Dapat crown"

 
Rancangan Toddlers with Tiara, yang aku maksudkan.

Aku pun sambung lagi,
"Tak sangka mama pun nak pakai crown! hahaha.." aku tutup cerita, disambut hilai tawa adik dan bapak aku.
"Mama suka la. Dari kecik dah suka.." dengan senyum gembira sambil pegang 'crown' dia.
Lihatlah dunia!

Dia sambung, "Masa tadika lagi aku teringin nak pakai crown, tapi tak dapat"

Tiba-tiba bapak aku sampuk,
"Kau tadika ke dulu, Ti?"

Nak hidup dengan gembira dan fikir positif sentiasa, keluarga akulah orang yang tepat untuk aku! :)