Saturday, January 23, 2016

Misi Mencari Ganti Tok Ketua - Sambungan

Baca Bahagian 1 di sini http://nianeya.blogspot.my/2016/01/misi-mencari-ganti-tok-ketua.html

Hari dah makin gelap. Tok Ketua kelihatan gelisah, orang kampung juga.
"Manalah Adi Putra ni..."

Tiba-tiba orang kampung yang gelisah bertambah bising. "Adi! Adi! Kau okay ke?"
Walau jelas nampak letih, muka dan baju pun comot, Adi tetap senyum manis menyapa orang kampung yang risaukannya.

"Haaa.. Adi, sampai juga kau..." Tok Ketua berkata lega.
"Tok Ketua, wow... wow!"
"Apa yang wow? Apa yang kau nampak?"
"Di kaki gunung saya nampak permandangan yang cantik. Di pertengahan pula saya nampak pokok-pokok yang jarang kita nampak di sini, siap ada helang lagi. Pergh! Style! Tapi bila di puncak gunung..."
Tok Ketua sabar menunggu, Adi ternyata penat, lelah, tetapi matanya merenung jauh ke langit, lalu dengan tenang dia sambung, "Di puncak gunung, saya tak nampak apa-apa."


Tok Ketua tersenyum.
"Di puncak gunung, saya hanya nampak langit yang saaaaaangat luas. Dan saya terfikir, kecilnya saya. Kecilnya saya di puncak gunung ini."

Tok Ketua duduk bersandar. Tok Ketua cakap, "Orang yang sepatutnya menjadi pemimpin ialah orang yang walk the talk. Dia buat, dia rasa sakit, dia rasa payah. Memang dia akan dapat pujian, sanjungan, dan kejayaan yang indah-indah tapi dia juga perlu harungi macam-macam susah."

Mata Tok Ketua perhati luka dan calar balar di kaki dan tangan Adi.

"Dan pemimpin yang lebih hebat ialah pemimpin yang tidak merasa dirinya besar apabila berada di atas, malah sedar betapa kerdilnya diri."

Adi terdiam. Tok Ketua menepuk bahu Adi. Orang kampung bersorak gembira.

*Kau ketua? Kau ingat, kau diva?*



And [mention, O Muhammad], when Abraham was tried by his Lord with commands and he fulfilled them. [ Allah ] said, "Indeed, I will make you a leader for the people." [Abraham] said, "And of my descendants?" [ Allah ] said, "My covenant does not include the wrongdoers." (Qur'an 2:124)




1 comment:

Unknown said...

Hello,

I'm Koong from neuvoo http://my.neuvoo.com

May I know what is the best way to contact you regarding your websites as I can't find a way to reach you?

Thank you